Lelaki Kaya Tanya 3 Soalan Pada Pengemis, Esoknya Apa Terjadi Sgt MENGEJUTKAN !!! | KITA VIRAL – Zhang Dangzhao berjalan pulang ke rumahnya sambil menghisap rokok. Untuk sampai ke rumahnya, Zhang harus melalui sebuah plaza dan di laluan itu terlihat seorang pengemis yang kotor dengan pakaiannya yang telah lusuh dan koyak.
Apabila pengemis ini melihat seseorang melalui plaza, dia akan menghampiri dan bertanya, “Tuan yang baik hati, sila hulurkan sedikit wang?”
Zhang Dangzhoa tidak menyukai orang yang seperti ini dan akan mengelak dari mendekati sejauh yang mungkin.
Tetapi pada hari ini, Zhang berfikir beliau sendiri akan menghampiri pengemis itu dan duduk di sebelahnya. Zhang bertanya kepada pengemis ini, “Kamu mahu atau tidak untuk mendapat sedikit wang?”
Pengemis itu menganggukkan kepala dengan penuh minat dan bertanya, “Tentulah saya mahu… Saya berharap mendapat sedikit wang, tetapi…”
Zhang Dangzhao berkata lagi, “Saya akan bertanya kamu tiga soalan dan jika kamu menjawab dengan betul, saya akan membayar kamu dengan wang!”
Jadi, Zhang Dangzhao bertanya, “Adakah kamu pernah merokok, minum minuman keras dan berjudi sehingga kamu mencapai tahap melarat seperti ini?”
Pengemis itu menjawab, “Saya tidak merokok, saya juga tidak minum minuman keras dan bermain judi itu adalah perkara yang paling saya benci.”
Selepas mendengar perkataan itu, Zhang Dangzhao menepuk pahanya dan berkata, “Itu sangat bagus!”
Selepas itu Zhang Dangzhao memberi pengemis ini 100 yuan (RM60.00).
Zhang Dangzhao melihat ekspresi wajah pengemis ini yang sedang tercengang dan terkejut lalu beliau berkata, “Sebenarnya, saya ingin bercerita kepada kamu, isteri saya telah menjalankan perniagaan dan membuka kilang.
Isteri saya adalah pengerusi syarikat tersebut dan saya pengurus besarnya. Kami boleh dikatakan kaya dan kami mempunyai wang berjuta yuan di dalam bank.
Saya suka minum. Setiap hari saya akan menghabiskan dua botol minuman keras dan merokok dua kotak rokok demi untuk memuaskan hati saya.”
Zhang Dangzhao menyambung ceritanya, “Dan satu lagi, saya sangat suka berjudi. Setiap pertaruhan memerlukan wang yang banyak. Kamu boleh bermain mahjung, poker dan permainan dadu dengan saya kerana semuanya saya boleh bermain secara profesional.”
Zhang Dangzhao bercerita lagi, “Isteri saya sangat bencikan ketiga-tiga tabiat buruk yang saya sangat sukai ini. Isteri saya selalu berkata satu hari tabiat buruk saya ini akan mengubah saya menjadi seorang pengemis yang miskin!
Saya akan memberitahu isteri saya supaya datang ke sini pada esok hari dan kamu akan mengulang perkataan yang kamu cakapkan tadi.
Apabila semuanya sudah selesai, saya akan memberi kamu tambahan 100 yuan lagi.” Dan pengemis itu bersetuju setelah mendengar dia akan dibayar lagi pada keesokan harinya.
Pada keesokan harinya, Zhang Dangzhao membawa isterinya, Yunli ke plaza tersebut dan buat pertama kali isterinya itu telah bersetuju untuk mengikutinya.
Dalam perjalanan ke plaza tersebut, Yunli terus menggesa Zhang Dangzhao supaya menghentikan tabiat buruknya itu dan Dangzhao berkata dengan tenang, “Masalah saya ini tidaklah seteruk mana dan kita kaya dan mampu untuk melakukan tabiat itu. Jangan menjadi terlalu bimbang dengan tabiat saya.”
Kemudian Yunli melihat seorang pengemis sedang berada di tengah plaza itu dan berkata kepada Dangzhao, “Kamu akan menjadi seperti dia suatu hari nanti!”
Apabila Zhang Dangzhao mendengar perkataan Yunli, beliau berkata, “Saya percaya pengemis itu tidak mempunyai tiga tabiat buruk seperti saya sehingga menyebabkan dia hidup melarat. Jika kamu tidak percaya, mari kita bertaruh!”
Yunli tidak mahu mengalah dan berkata, “Baik, jadi apa yang kamu mahu pertaruhkan?”
Zhang Dangzhao berkata, “Jika seperti yang kamu perkatakan yang pengemis ini telah ketagihan dengan tiga tabiat buruk ini atau salah satu daripadanya, bermula dari hari ini dan selamanya saya akan berhenti dari tabiat berjudi, minum arak dan merokok selama-lamanya.
Dan sekiranya pengemis ini hidup melarat kerana sebab selain dari tiga tabiat buruk ini, kamu berjanji tidak lagi mengganggu dengan menyuruh saya berhenti dari meneruskan tabiat buruk ini.”
Yunli bersetuju dengan syarat-syarat pertaruhan itu.
Kemudian, pasangan suami isteri ini telah menghampiri pengemis tersebut dan Zhang Dangzhao berpura-pura tidak mengenali pengemis ini dan bertanya kepadanya, “Adakah kamu merokok, minum arak dan berjudi sehingga menyebabkan kamu hidup melarat sebegini?”
Pengemis itu menganggukkan kepalanya dan memandang kepada Zhang Dangzhao dan berkata, “Ya! Pada masa lalu, bapa saya adalah seorang ahli perniagaan berjaya dan keluarga kami mempunyai dua buah kilang dan sebuah pasaraya.
Pada masa itu, saya sangat kaya dan saya tidak mengetahui makna miskin itu apa! Secara tiba-tiba, bapa saya diserang penyakit jantung dan meninggal dunia.
Saya diberi tanggungjawab mengambil alih perniagaan yang pada mulanya berjalan lancar tetapi kemudian keadaan telah berubah…”
Pengemis itu bercerita lagi, “Apabila saya menjadi ketagihan kepada rokok, minuman keras dan perjudian, terutamanya perjudian, saya telah kehilangan kekayaan saya dalam sekelip mata.
Dua buah kilang dan sebuah pasaraya hasil titik peluh mendiang bapa saya. Saya kehilangan segala-galanya dan saya bertukar kepada kehidupan begini kerana tiga tabiat buruk ini.”
Zhang Dangzhao berasa tertipu dan terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh pengemis ini dan beliau merasakan bagai mahu memukul pengemis ini. Tetapi isterinya, Yunli berada di sebelahnya, jadi Dangzhao terus melupakan niat itu.
Pada hari ketiga, Zhang Dangzhao yang tidak dapat menahan kemarahan pada dirinya, telah membuat keputusan untuk bertemu sekali lagi dengan pengemis tersebut dengan niat untuk memukul pengemis itu kerana telah menipunya.
Pengemis itu melihat Zhang Dangzhao telah datang sekali lagi dan dia langsung tidak terkejut dan berasa takut. Pengemis itu bingkas bangun dan mengeluarkan wang 100 yuan dari poketnya dan memberikan kepada Dangzhao.
Tindakan tiba-tiba pengemis itu telah membuat Zhang Dangzhao berasa terkejut. Dangzhao melihat wang 100 yuan tersebut dengan rasa keliru.
Kemudian pengemis itu berkata, “Saya tahu yang kamu akan datang mencari saya kembali. Tolong maafkan saya kerana saya telah berbohong kepada kamu sebelum ini.
Tetapi apa yang telah saya ceritakan kepada kamu itu adalah kisah benar dan ia benar-benar berlaku kepada saya!”
Pengemis itu berhenti seketika dan menyambung lagi percakapannya, “Tabiat buruk akan mengundang kepada kejatuhan. Tolong percayakan kata-kata saya ini.”
Zhang Dangzhao mengangkat kepalanya dan melihat kepada mata pengemis itu dengan ikhlas.
Selepas mendengar cerita pengemis itu, Zhang Dangzhoa membuat keputusan untuk berubah dan membuang kesemua tabiat buruknya dan mula bekerja keras dengan ikhlas.
Zhang Dangzhao berasa amat berterima kasih dengan nasihat pengemis ini dan mengeluarkan 500 yuan (RM300) dari dompetnya lalu memberikan kepada pengemis tersebut.
Kredit : Era Baru
The post Lelaki Kaya Tanya 3 Soalan Pada Pengemis, Esoknya Apa Terjadi Sgt MENGEJUTKAN !!! appeared first on KITA VIRAL.
Sumber : kitaviral.com
Sumber :
EmoticonEmoticon