Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mencemar duli menziarah keluarga mangsa yang maut dirempuh kereta pagi tadi | Foto - Royal Press Office |
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim menasihatkan ibu bapa agar menjaga dan memantau anak masing-masing, lapor Harian Metro.
"Saya sendiri sudah kehilangan anak dan saya faham perasaan anda," titah Sultan Ibrahim Iskandar selepas menziarah keluarga kanak-kanak dan remaja yang maut dirempuh kereta dalam kejadian jam 3 pagi tadi di Jalan Lingkaran 2, Mahmoodiah hari ini.
"Nasihat saya kepada semua, jaga dan pantau anak-anak serta tegur mereka. Biar mereka menangis, jangan kita menangis," titah baginda sebelum meninggalkan bilik mayat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA). - The Reporter
ARTIKEL BERKAITAN:
SUMBER : http://ift.tt/29OSAPl
EmoticonEmoticon