Didik anak menjadi “Hamba”
Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengemop lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi
Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone
Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai2 sebab terpaksa.
Tak kurang juga anak lelakinya, mana mahu nak buat kerja2 perempuan?
Budaya anak menjadi raja semakin berleluasa sekarang. Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi “hamba” sedari kecil
Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka
Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila ditempat ibu bapa mereka
Alasannya?
“Kesian anak tu kecik lagi..”
“Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?”
“Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je..”
Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi “hamba” anak sampai ke tua.
Dah kahwin beranak pinak pun bila balik kampung masih nak menyusahkan mak pak. Ini terjadi dalam dunia masa kni
Baju laki bini anak beranak mak basuh
Makan laki bini anak beranak mak masak
Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedar kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila menginjak dewasa dan mereka akan buat secara terpaksa. Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka dan yang akan menjadi hambanya ialah mak pak mereka. Sementara sianak sedap menggoyang kaki
Jadinya. Sedari umur anak 2 tahun, pupuklah mereka perlahan-lahan sesuai dengan usianya. Bila besar mereka akan mampu berdikari
Usah terlalu kasihankan anak
Jangan terlalu memanjakan anak
Ajar mereka erti susah payah sejak kecil
Ajar mereka tentang kerja rumah
Ajar mereka erti kehidupan
Pupuk kesedaran dalam diri mereka
Yang perempuan didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik mereka tentang pentingnya kebersihan
Yang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang. Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah itu. Malah lebih baik
Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba Abaikan mulut-mulut puaka mereka-mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita
Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi hamba. Agar besar nanti dia tidak menjadi raja.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon