Burung Ungu "Trash Dove" Jadi Fenomena Pengguna Facebook

Sejak kebelakangan ini, pengguna Facebook dilihat semakin galak "bermain burung ungu" di setiap ruangan komen. Fenomena kebanjiran stiker burung ungu yang membuat ‘head banging’ mula trending di seluruh dunia sejak awal Februari 2017.


Stiker burung ungu yang dinamakan ‘Trash Dove’ ini dicipta oleh illustrator dari US, Syd Weiler untuk stiker Facebook dan turut dijadikan set stiker kepada iPhone penghujung Januari 2017.

Trash Dove mula menjadi viral di Facebook apabila ia dipopularkan oleh satu video kartun burung ungu dan seekor kucing di Thailand baru-baru ini. 

Pencipta stiker Trash Dove mengakui agak terkejut dan tidak menyangka stiker yang dihasilkannya itu menjadi fenomena di seluruh dunia.

“Ianya bermula di Thailand, sebenarnya mereka mempunyai satu lawak mengenai burung di sana, dan ia mempunyai kaitan (dengan Trash Dove)” kata Weiler.

Weiler turut berterima kasih kepada rakyat Thailand kerana menjadi pencetus fenomena stikernya itu. Jadi sebagai tanda berterima kasih, Syd Weiler telah menghasilkan satu lagi stiker burung ungu yang sedang memegang bendera Thailand.

Lebih menarik lagi, Trash Dove kini bukan sahaja trending di Facebook malah turut menjadi meme serta ikon di aplikasi sosial media yang lain seperti WhatsApp, Wechat, Telegram dan banyak lagi.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon