"Di Sebalik Kejayaan Suami Pasti Di Belakangnya Berdiri Seorang Isteri"


Saya seorang suami. Ada anak 2orang hasil perkahwinan yang kedua. Yang pertama sudah bercerai.. Isteri pertama saya lari tinggalkan saya sebab masa tu kekangan duit. Saya tak mampu beri dia kesenangan kemewahan harta benda semacam yg kawan-kawan dia selalu pertontonkan. 

Lima bulan dia lari tinggalkan saya. Saya berkahwin dgn dia hampir 10 tahun, takde apa saya mampu berikan. Mungkin silap saya. Gaji saya hanya cukup untuk bayar segala perbelanjaan dapur, kereta, rumah dan pinjaman bank sbb sebelum kahwin saya ada buat personal loan.. Dia kembali pada saya hanya untuk buat tuntutan fasakh sbb saya tak beri dia nafkah.. Saya akur. 

Saya lepaskan dia sbb saya tau dia sudah ada yang lain. Drpd saya terus menanggung dosa, saya lepaskan dia. Lepas beberapa tahun, saya jumpa seorang gadis. Pada mulanya saya tak yakin dia mahukan saya sebab dia masih muda saya pulak sudah dilanjut usia umur saya 32tahun masa tu.. Dia baru habis belajar kemahiran umur 18tahun.

Kami berkawan. Tak lama. Dia pernah bercinta 8tahun tetapi disia-siakan sbb keluarga lelaki taknak bagi kahwin awal. Dia beritau sy dia cuma akan berkawan serius dgn org yg betul2 mahukan dia. Saya pernah jumpa dia dua tiga kali saje sbb jauh sangat. Dia tak cantik mane. 

Tapi sikap dia buat sy tertarik. Terlalu bersederhana. Sy mula membandingkan dia dgn bekas isteri. Bekas isteri sy yg suka berfoya, clubbing dan suke melepak dgn kwn2 jauh beza dgn si dia yg lebih gemar duduk rumah, suke belajar memasak dan suke menelaah. Hal ini juga sy tau dr adik dan abgnye..

Selepas 8 bulan, saya melamar dia. Dengan niat kerana Allah, dia terima saya.. Tetapi ada halangan. Keluarganya sukar menerima saya. Mereka ingat saya xmampu jamin masa depan anak mereka. Saya hanya berkereta saga, kerja pun biasa saja walaupun melepasi angka 2k. Komitmen saya banyak. 

Tetapi si dia, berusaha sebaik mungkin. Memujuk keluarga. Dia jaga solat dia. Saya drpd tak pernah solat, jadi segan dan malu. Kami sama-sama berdoa. Memohon doa supaya dipermudahkan urusan. Selama tiga bulan kami menanti keputusan krluarganya.. Waktu itu saya hanya dapat kumpulkan rm5k. Dia kumpulkan 2k. Keluarganya minta rm10k. 

Tapi Allah itu Maha Kuasa. Agihan harta dari keluarga saya, saya dapat sebidang tanah dan juga wang sebanyak 25k. Saya mahu gunakan duit itu untuk majlis kahwin tp si dia tak bagi.. Si dia minta saya hanya menikah sahaja dengannya sbb ayah dia sudah mula berlembut. Alhamdulillah majlis sangat mudah. Kecil kecilan. Tak habis sampai 3k pon.. Saya akui dia mmg sorg yang sgt bersederhana.

Selepas kahwin, dia diduga dengan tentangan dr bekas isteri sy yg mengatakan dia buruk, tak cantik dan hina sbb mampu kahwin dgn lelaki dayus sperti sy. Kalau tidak di fb, mungkin melalui kawan2 sy yang lain. Kesian isteri saya. Saya minta dia bersabar. Reaksi yg diberi buat saya terus kagum dgn keikhlasan dia. 

Saya tekad utk tidak mensia-siakan perkahwinan kali ni. Saya akan cuba sebaik-baiknya utk menyenangkan dia.. Saya menyuruh dia duduk dirumah. Saya takut rezeki saya semakin sempit kalau sy minta dia galas tanggungjawab sy. Dia disahkan bunting pelamin. Macam seperti yg saya bagitau, dia tidak secantik mana. Tetapi sejak mengandung, seri dia sangat sangat menyenangkan hati saya. 

Membuat saya tidak boleh rasa berjauhan. Dia xpandai marah. Kalau marah dia akan diam, makan coklat senyap2.. Semakin hari sayang saya padanya makin tinggi. Rezeki sy tidak putus2. Saya sudah mampu bertukar kereta Alza. Utk ksenangan keluarga.. Kami dikurniakan rezeki anak kembar pada tahun pertama perkahwinan. Syahdunya saya bila mula bergelar bapa pada usia 33tahun. 

Walaupun diduga dengan pelbagai hina tohmahan bekas isteri saya, namun isteri saya masih kuat. Dia juga sudah semakin cantik, jauh lebih cantik drpd bekas isteri saya. Skrg saya percaya, kebahagian dan kejayaan seorang suami, ada isteri dbelakangnya. Bersyukur saya dianugerahkan seorang isteri yg sangat penyayang. Anak-anak lg menambahkan rasa syg sy pdnya. Doakan kami bahagia hingga syurga.. Saya juga doakan bekas isteri saya cepat2 berubah dan crpat tinggalkan srgala dunia maksiat.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon