Gadis Dakwa Baki Duit Hilang Selepas Guna Mesin ATM


Seorang pengguna memuat naik status di laman sosial Facebook berhubung dakwaannya mengenai masalah dihadapi dengan sebuah mesin ATM CIMB. 

Menurut gadis tersebut, dia mengeluarkan duit dari akaun Maybanknya di sebuah mesin ATM CIMB. Namun, nasibnya malang apabila kesemua baki duitnya dalam akaun berkenaan didapati lesap setelah memeriksa baki akaun. 

"Semalam aku pergi cucuk duit. Malam cek, baki kosong!" tulisnya.


Sejurus itu, dia segera melaporkan perkara itu kepada pihak Maybank dan dimaklumkan kes sedemikian sudah banyak kali berlaku kepada pemegang kad bank berkenaan.

Tambahnya lagi, pihak bank berkenaan menyuruhnya memaklumkan kepada rakan-rakan dan keluarga supaya tidak menggunakan mana-mana ATM CIMB buat masa ini.

Status tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Malah, ada yang beranggapan perkara itu hanya sebuah penipuan. "Tipu je ni. "Betul ke ni? Nanti CIMB cakap benda ni viral saja," komen beberapa netizen.

Bagaimanapun, tidak kira sama ada perkara ini benar atau tidak, kesemua pemegang kad ATM diminta berhati-hati dan beringat selalu. Periksalah baki duit anda setiap kali selepas mengeluarkan duit di mana-mana mesin ATM.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon