Wanita memang sejak azali mempunyai hati yang lembut dan perlukan lebih perhatian terutamanya dari orang tersayang.
Jika ada sekalipun wanita yang mempunyai hati yang keras, kata orang "keras-keras kerak nasi, direndam air lembutlah dia".
Dalam konsep rumahtangga, isteri lebih gemar memendam rasa apabila terasa hati atau dimarah oleh sang suami. Apa yang para isteri tahu hanyalah menangis berseorangan disaat mengalami kesedihan yang tak mampu diceritakan pada sesiapa.
Jadi, sang suami harus peka bilakah si isteri merajuk dan apa yang perlu anda lakukan.
Sekalipun mempunyai ego yang tinggi atau tidak mahu mengungkap kata-kata maaf, cukuplah sekadar memeluk sang isteri dan memberi ciuman dipipinya disaat ingin tidur.
Tidurlah dalam keadaan seperti itu. Percayalah jika pelukan pertama ditolak oleh sang isteri, cuba lagi hingga berhasil.
Sekurang-kurangnya si isteri akan merasa lega dan dapat tidur dengan tenang. Keesokan hari anda berdua pasti tersenyum.
Jangan biarkan pergaduhan berlarutan terlalu lama, gaduh lama-lama pun dia tetap isteri anda kan?
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon