Wanita kadang-kadang sukar difahami kerana makhluk bergelar wanita sememangnya dijadikan bersifat lemah lembut, cepat tersentuh dan inginkan perhatian lebih dari sang lelaki.
Mungkin ada sesetengah suami yang mengambil mudah dan menganggap perkara-perkara dibawah ini adalah satu benda kecil. Namun, bagi seorang isteri ini merupakan sebab utama mereka akan merajuk dan tersentap.
Jom kita tengok tips perkongsian dari tentang perkara yang perlu dielakkan supaya tidak menyinggung perasaan si isteri.
1. LUPA TARIKH PENTING
Jangan bagi alasan anda terlalu sibuk urusan kerja jika anda lupa bab tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun perkahwinan, hari lahir anak, hari lahir isteri dan sewaktu dengannya. Perempuan yang memahami tidak meminta hadiah yang mahal-mahal, tetapi mencukupi jika lelaki mahu mengingati momen terindah. Malah zaman makin maju, anda boleh terus guna nada peringatan di telefon masing-masing. Lagi senang, terus bulat dan catat besar-besar di kalendar.
2. BERKIRA DUIT
Mungkin tidak semua, tetapi memang wujud jenis sebilangan lelaki yang terlalu berkira dengan adik-beradik pasangan. Bukan tidak mampu berkongsi, mungkin kerana terlalu cermat. Cuba ubah, sesekali belikan hadiah buat keluarga pasangan. Mesti hati pasangan lebih senjang dan bertambah sayang.
3. BALIK LAMBAT
Lewat mana mahu pulang mungkin isteri tidak kisah kalau segala yang diperlukan sudah disediakan oleh lelaki. Dan pastikan perempuan tidak keseorangan di rumah. Kalau tidak, anda juga yang rimas. Kejap-kejap sampai mesej atau mungkin panggilan telefon setiap setengah jam. Tetapi jika dapat isteri jenis tidak kisah, jangan pula lelaki ambil kesempatan balik lewat hingga ke pagi. Hidup berumahtangga kena fikir soal tanggungjawab dan keselamatan isteri.
4. BOHONG DAN BERI ALASAN
Ramai lelaki yang pilih jalan untuk menjaga hati orang yang disayangi sehingga masuk kes menipu. Ya, bukan niat hendak berbohong, tetapi jalan ini undang kemarahan perempuan dua kali ganda. Apa salahnya jika berterus terang walau terpaksa mendengar bebelan perempuan. Perlu anda tahu, wanita membebel adalah disebabkan prihatin dan sayang!
5. ABAI NAFKAH
Tidak romantik mungkin tidak mengapa. Namun jangan pula lelaki abaikan nafkah kepada perempuan bergelar isteri. Mungkin wanita yang sayangi bekerja, tetapi nafkah tetap wajib berjalan seperti biasa.
Jadi jika tak mahu isteri anda sentap, elakkanlah dari melakukan perkara-perkara di atas. Siapa tak sayang bini kan?
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon