Jenis Dan Khasiat Ulam-Ulaman Tempatan Yang Baik Untuk Kesihatan


Semakin kita menitis arus kemodenan, semakin ‘rahsia’ khazanah dunia ini dilupakan. Berpuluh tahun dahulu, ulam-ulaman menjadi makanan tambahan kepada wanita untuk penjagaan kesihatan serta menambah lazat dalam hidangan. Seperti sayuran dan buah-buahan, ulam mengandungi khasiat yang baik untuk penjagaan kesihatan mahupun kecantikan.

Ini kerana ia dimakan mentah atau dimasak seketika sekali gus mengelakkan mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium dimusnahkan oleh haba. Ketahui juga ulam membekalkan serat yang penting untuk sistem penghadaman manusia dan memudahkan perkumuhan.

Ulam Pegaga
Diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba yang menjana daya pemikiran lebih cerdas di kalangan kanak-kanak serta membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.

Petai
Meski berbau busuk, namun khasiatnya sangat mengagumkan. Menurut kajian, petai mengandungi kandungan protein lapan peratus lebih tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain. Antara kebaikan lain adalah karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, Vitamin A, B1, B2 dan C. Petai dikatakan dapat merawat penyakit kencing manis, penyakit jantung dan mencuci buah pinggang.

Jering
Mengandungi kebaikan sama seperti petai, ia dapat mengubati penyakit kencing manis. Kandungan sebatian alkaloid dapat meneutralkan paras gula dalam badan.

Kangkung
Ia mudah didapati dan tumbuh meliar di kawasan sumber air. Kangkung terkenal sebagai penyembuh penyakit buasir, mengubati penyakit insomnia atau penyakit susah tidur malam serta merawat sakit kepala. Dari segi kecantikan, ulam yang terkenal dengan nama saintifik Ipomea Reptans ini juga boleh melebatkan rambut.

Daun selom
Namanya mungkin jarang didengari namun ia mengandungi pelbagai khasiat. Daun dan batangnya dapat menyembuhkan bisul dan bengkak kerana kanser manakala buahnya pula baik untuk sistem perkumuhan dan mengeluarkan angin dari perut dan usus.

Peria
Ulam yang paling mendapat perhatian dunia perubatan moden, peria menjadi sumber utama dalam herba tradisional di China. Menurut kajian perubatan Barat, ia dapat meningkatkan sel imun dalam tubuh badan serta mengurangkan paras gula bagi pesakit kencing manis.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon