Pembantu rumah dihukum berjemur di tengah cuaca panas terik


SINGAPURA - Seorang pembantu rumah warga Indonesia didapati dihukum berdiri di tengah cahaya matahari terik di halaman kawasan pangsapuri dengan memegang sebatang kayu semalam. 

Lapor media tempatan, majikan wanita itu didakwa telah mengarahkan pembantu rumah itu berbuat demikian selama lebih satu jam hanya kerana hal yang remeh. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Pangsapuri Clementi Ave 4 dan majikannya dipercayai tinggal di tingkat 8.


A #Heartless maid employer forced his maid to carry a bamboo pole and stand in the sun for over an hour to "punish" her! This incident happened on yesterday morning at Clementi Avenue 4.
Posted by All Singapore Stuff on Wednesday, 8 February 2017

Menurut saksi, beberapa jiran yang melihat kejadian itu bertindak menghubungi pihak polis. Bagaimanapun, wanita berkenaan telah pulang ke rumahnya dan tiada sebarang tanda kehadiran polis. 



Saksi sempat merakam kejadian yang menimpa wanita itu dan memuat naiknya di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecam tindakan majikannya. - The Reporter
SUMBER : http://ift.tt/29OSAPl


EmoticonEmoticon