"Ummi Redha Dengan Pemergianmu Sayang, Tunggu Ummi Dan Baba Disana"


Bayi bernama Aisy Zulqarnain ini berusia 5 bulan ketika bayi tersebut mula demam panas sehingga suhu badan mencecah 40'C. Doktor memberi ubat demam kepada Aisy. Ibu bapanya juga cuba untuk menurunkan suhu badan memandikan dan lap Aisy dengan daun bunga raya. 

Suhu badan tetap juga tidak menurun walaupun sudah diberi ubat demam setiap 6 jam. Hari ketiga ibu bapa Aisy pergi semula berjumpa doktor dan ujian darah dilakukan namun doktor tidak berjaya mengesan sebarang masalah pada darah Aisy.

Hari ke-4 Aisy ditahan di wad akibat suhu badan yang agak tinggi. Badan Aisy dehydrated kerana kurang minum susu. Hari ke-5 Aisy masih demam dan doktor memberitahu kemungkinan Aisy terkena "Viral Fever" kerana tiada tanda-tanda lain seperti denggi. 

Hari ke-6, Aisy tiba-tiba muntah keluar warna coklat seakan-akan darah. Doktor hanya cakap ianya kesan dari ubat yang Aisy makan. Tapi ibunya merasakan ianya darah. Aisy muntah 4 kali sehingga keluar air mata Aisy. 

Aisy terpaksa diberikan oksigen dan dimasukkan ke ICU. Setelah beberapa jam di ICU, Aisy disahkan menghidapi denggi berdarah. Ibu bapa Aisy redha dengan pemergian anak mereka . Ini adalah status dari ibunya Zanariah Makhdar yang menyentuh hati netizen. 

Alhamdulillah syukur Ya Allah di atas anugerahMu yang terindah. Amanat yang dipinjamkan selama 5bulan 8hari cukup bermakna. Walaupun hanya seketika tapi mampu membuatkan ummi dan baba Amirul Faiz Mohd Asri merasa sangat sangat bahagia sayang.. Anak syurgaku Aisy Zulqarnain bin Amirul Faiz, tunggu ummi dan baba ye sayang..

Tahniah sayang, Ummi ingatkan Aisy dah pandai meniarap je, rupanya Aisy memang bijak sampai boleh lawan dengan penyakit yang sangat kuat.. 6 hari Aisy bertarung lawan demam panas, sampai hari ke6 akhirnya doktor berjaya kesan denggi berdarah. Takpe sayang, syurga menantimu di sana..


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon