Hah!? Adakah dengan memakai topi akan menyebabkan rambut gugur dan menjadikan anda botak. Biar betul ni? Sebenarnya terdapat segelintir individu yang takut untuk memakai topi kerana khuatir akan menjadi botak.
Kepada anda yang suka dan sering memakai topi, jangan risau! Ini kerana pakar pemulihan rambut, Dr. Alan Bauman mengesahkan perkara ini tidak benar dan hanya mitos semata-mata!
Fuh, lega kan? Menurut Dr. Alan, masalah keguguran rambut bagi lelaki berlaku kerana pengecilan folikel rambut yang progresif, sensitif terhadap hormon DHT (dihydrotestosterone), iaitu kegagalan testosteron berfungsi dengan baik.
U.S. News & World Report melaporkan pemakaian topi tidak menyebabkan keguguran rambut, sebaliknya topi yang kotor boleh menyebabkan jangkitan pada kulit kepala.
Dr. Alan menambah, sesetengah individu yang mengalami masalah keguguran rambut memakai topi bagi menutup bahagian yang botak selain kelihatan lebih muda.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon