Pembunuhan Kim Jong Nam..Ibu Suspek Siti Aishah Buka Mulut Dedah ‘Kebolehan’ Anaknya Yg MENGEJUTKAN !!! |KUALA LUMPUR: Suspek kedua kes pembunuhan Kim Jong Nam, seorang warga Indonesia bernama Siti Aishah, 25, dilapor boleh berbahasa Inggeris dan Korea.
Menurut laporan berita Indonesia Kumparan, ibu suspek, Benah, 50, berkata dia terkejut apabila mengetahui anaknya disyaki terlibat dalam pembunuhan abang tiri Kim Jong Un itu pada Isnin lalu.
“(Siti Aishah) boleh berbahasa Inggeris dan Korea. Dia tidak pernah mengikuti kursus bahasa tetapi mampu belajar daripada percakapan dengan orang lain,” katanya ketika ditemu bual Kumparan di kediamannya di Serang, Banten pada Jumaat.
Ujar Benah, dia hanya tahu anak bongsunya itu bekerja menjual pakaian di Batam sebelum bekerja di Jakarta selama tiga tahun.
Ditanya mengenai tujuan anaknya yang sering melawat Malaysia, Benah difahamkan ia sekadar untuk melancong.
“Saya cuma tahu dia ke sana (Malaysia) untuk jalan-jalan,” ujarnya.
Berikutan laporan Siti Aishah yang dikaitkan dengan pembunuhan Jong Nam, Benah cuba menghubungi rakan-rakan Aishah namun gagal.
“Dia tidak memberitahu siapakah rakan-rakannya. Nombor telefonnya juga kami tidak tahu,” ujar Benah.
Sebelum tinggal di Malaysia, Siti Aishah pernah tinggal di daerah Tambora, Jakarta Barat sekitar tahun 2000.
Dia tinggal bersama suaminya ketika itu Gunawan Hasyim sehingga tahun 2014 sebelum berhijrah di Malaysia.
Kali terakhir Siti Aishah pulang ke rumahnya di Serang, Banten ialah pada 21 Januari lalu.
Benah mengakui hanya dapat tahu berita penglibatan Siti Aishah menerusi bekas besannya yang juga mendapat tahu perkara itu menerusi laporan berita di televisyen.
“Saya pun tidak tahu mahu hubungi siapa. Saya hanya dapat tahu berita ini daripada bekas besan malam tadi,” katanya.
Namun, ujar Benah, anaknya itu kerap menghantar wang kepadanya.
“Sering, sebulan Rp 500 ribu, tetapi bukan setiap bulan,” katanya.
Sementara itu, bekas mertua Siti Aishah, Lian Kiong @ Akiong berkata Siti Aishah sering bertukar nombor telefon.
“Setahun lalu, cucu saya (anak Siti Aishah) sering menelefon ibunya tetapi tidak diangkat. Nombor telefon bimbitnya sering bertukar-tukar,” ujar Akiong yang ditemui Kumparan di kediamannya di Tambora, Jakarta.
Tambahnya, Siti Aishah juga jarang bertanyakan khabar anak lelakinya, Rio, 7, yang berada di bawah jagaan Akiong.
Kali terakhir Akiong dan Siti Aishah berjumpa adalah pada 28 Januari lalu apabila Siti Aishah ke Tambora untuk menemui anaknya itu. Sumber- Astro Awani
P.S. 1 – Sangka Ibu Bapa Tidur..Rupa-Rupanya..
P.S. 2 – Doktor PELIK Tiga Kali Mengandung Tiga Kali Keguguran,Rupa Rupanya Suami..
P.S. 3 – (VIDEO) Patutlah Nabi Larang Simpan Patung Dalam Rumah, MEREMANG BULU ROMA !!!
P.S. 4 – Misteri Teknologi Digunakan Nabi Nuh Untuk Membina Bahtera Yang Disembunyikan USA !!!
P.S. 5 – 5 Kegunaan Gel Silika Yang Anda Tak Tahu, Lebih Baik Jangan Buang !!!
The post Pembunuhan Kim Jong Nam..Ibu Suspek Siti Aishah Buka Mulut Dedah ‘Kebolehan’ Anaknya Yg MENGEJUTKAN !!! appeared first on KITA VIRAL.
Sumber : kitaviral.com
Sumber :
EmoticonEmoticon