'Bila Tegur Buat Muka Tak Puas Hati' - Nasihat Lelaki Ini Sangat 'Deep' Untuk Mereka Yang Ambil Ringan Bab TV Dan Radio


Baru-baru ini, lagu yang menjadi fenomena, Despacito telah diharamkan siaran oleh kerajaan di semua stesen RTM. Keputusan tersebut disebabkan oleh lirik lagu yang berunsurkan kegiatan lucah yang akan mempengaruhi anak-anak muda. 

Perkongsian dari Zaki Afifi mengenai sikap kurang peka orang ramai mengenai apa yang disiar oleh TV dan radio ini mungkin dapat membuka mata kita. 

'Tunjuk Filem 18SX Waktu Tengahari'


Memandangkan orang tengah kecoh tentang despocito, meh aku komen sikit. Beberapa bulan lalu, anak ke2 Usayd Alkamil masuk hospital. Sakit apa aku pun dah tak ingat.

Ketika menunggu di ruang ED, aku tengok TV di KPJ tunjuk satu movie. Ya tuan2, movie rated 18Sx. Ada adegan seorang perempuan matang (mungkin akhir 30-an atau awal 40-an) menggoda budak lelaki muda rupa acah-acah remaja (aku tau mestila pelakon dia lebih 18 tahun). Bukan setakat itu, ada adegan dia cabut seluar budak tu. Ya tuan-tuan, ini di ruang awam tempat menunggu bahagian kecemasan KPJ seremban

Cerita tu bukan saja untuk budak, untuk adult pun tak sesuai. Melazimkan aktiviti pedofilia.

Aku terus bangun, cakap dekat kaunter tu, "encik ini tengah hari buta. Cerita 18SX ni. Kenapa tayang di ruang umum, ada anak kecil tunggu. Orang yang pilih channel ni memang sangat-sangat tak bertanggungjawab". Aku cakap pasang TV3 (ok ada yg tak suka TV3 aku tau) cukup lah, at least cerita dia sesuai ikut masa. takde la nak tayang cerita 18sx tengah2 hari.

Apa tindakan KPJ tuan2? tak ada apa. Ya, tak ada apa2. MA/ nurse/ staf kpj (aku tak tau position dia hape) di kaunter rasa tu bukan kerja dia untuk pikir rancangan TV.

Malamnya aku hantar wassap ke isteri seorang Director KPJ seremban, sebab dia usrah sama dengan wife aku. Baru la ada tindakan, dan pengurusan KPJ ucap terima kasih.

'Sekolah Agama Pun Pasang Lagu Despacito'

OK, beberapa bulan lepas juga, hari sukan sekolah anak aku. Sekolah rendah, antara sekolah agama paling glamer la di Seremban. Cucu bekas mufti (arwah) pun ada, anak Shamsul Debat pun ada. Pasang lagu apa? Entah aku tak tau yang sebut 'I am in love with your body' tu. 

Tuan2, apa kejadah lagu macam tu main di sekolah? apa lagi sekolah agama? Main la lagu OST Gaban ke, Ultraman ke, Naruto ke, Dragon Ball ke, kalau moden sikit robocar poli dan superwings. Tau la juga budak2 tu. 'I am in love with your body' tuan2. Bila aku tegur DJ tu, ape ni main lagu tak senonoh macam ni, apa tindakan dia? Buat muka tak puas hati kat aku, dan tiada tindakan. Spoil betul mood aku

Beberapa hari lepas, aku tunggu flight di Premier Lounge KLIA. Pasang cerita apa? MMA ke UFC darah2. Aku tegur desk tu, kenapa pasang cerita macam ni? Flight ni ramai budak2 tunggu. Apa reaksi front desk premiere lounge KLIA? takde reaksi tuan2, kecuali sekali lagi muka tak puas hati kena kat aku. Terus aku fedap keluar pergi surau solat subuh.

Ok, aku pergi jepun. Lepak lounge ANA. Rancangan dia pasang semua memang children friendly. Untuk cater semua umat penumpang yang guna lounge dia. Jepun tu industri porno dia nombor 2 dalam dunia tuan2, selepas Amerika. Maknanya aku rasa hampir semua lelaki di jepun ada tonton porno, dan perempuan di jepun pun tahu tentang benda ni. Tapi takde la dia gatal nak pasang cerita 18sx dekat ruang awam

'Hidupkan Budaya Tegur Menegur'

Konklusi: Tuan2, masyarakat kita sebenarnya memang kurang sensitif bab TV dan radio ni. Bila benda dah viral bagai kita suruh kerajaan ambil tindakan. Sedangkan yang dalam rumah kita sendiri kita tak kawal.

OK la kau nak suruh kerajaan buat itu ini. Rumah kau, telefon kau, TV rumah kau, kau tapis la dulu. Kalau boleh tak payah langgan ASTRO tu. Buang duit dan bukan kau boleh tengok semua pun. Guna remote yang ada di tangan kita sebelum pikir remote yang ada di tangan orang lain. 

Di rumah kita, tempat kerja kita, yang kita boleh influence. Dan hidupkan budaya komplen2/ tegur2 ni bila nampak benda yang tak sepatutnya. Kalau institusi tu takmau berubah, kita pressure sampai dia berubah. Jangan semua nak harapkan/salahkan kerajaan.

Nabi s.a.w pun bagitau sapa nampak kemungkaran, ubah dengan tangan (yg ada kuasa) kemudian dengan lidah (cakap) dan last sekali dengan hati (itu kalau kau tegur kau nak kena belasah, jadi dalam hati je).

Maaf panjang. Kalau suka boleh share. Kalau rasa macam hamjadah, buat bodoh je. Sekian. - www.kakishare.my
________________________________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :




Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon