Buat Open House Bukan Main , Habis Majlis Sampah Longgok Depan Rumah Jiran , Perangai Asal Boleh !!


Hidup berjiran memang perlu ada sikap hormat menghormati dan saling bantu membantu . Namun tidak dinafikan ada sesetengah dalam kalangan masyarakat kita menganggap berjiran itu sekadar orang yang berada sebelah dan berdekatan dengan rumah kita .

Itulah yang terjadi pada sahabat kita Salahhuddin Salleh . Kisah ini berlaku di sekitar Telok Emas , Melaka . Beliau berasa tidak berpuashati dengan jiran yang membuat majlis rumah  terbuka . Baginya niat membuat majlis dikira sedekah dan cukup baik tetapi janganlah disedekahkan sekali sampah sarap selepas majlis .

Salahhuddin mendakwa sampah selepas open house disusun tepi jalan dan bukannya di tempat pengumpulan sampah . Katanya lagi , cuba bayangkan jiran longgokkan sampah depan rumah kau , perangai jangan asal boleh je !

Ambik balik sampah ni , aku tak hingin !!

Namun ada yang lebih memeranjatkan lagi apabila sekarung guni sisa tulang dan bahagian badan haiwan ternakan . Namun lebih jelas menunjukkan kaki haiwan tersebut seperti kaki kambing atau kaki bab1 . Aduhaiii jiran macam ni ..




Menurutnya lagi , kawasan parit tersebut selalu menjadi port kaki mancing , tak kan lah tak nampak orang ramai memancing kat kawasan tu ? dimana hati dan perasaaan ?

 Aku tengok kemain ikan merobek bangkai itu dah macam ikan piranha tak makan sebulan . Lepas tu orang mancing dapat ikan gemuk-gemuk .   Rupa-rupanya nya isi perut ikan yg berisi entah bangkai babi ke ape entah ... Ko rasa??? Senang ke hidup ko???

Begitulah luahan permasalahan kejirana yang berlaku . Diharap pihak berkuasa dikawasan berkenaan dapat mengambil tindakan secepat dan selanjutnya .


Jiran macam ni tak boleh beri peluang , kena beri pengajaran sewajarnya .

Sumber : Salahhuddin Salleh

www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon