Dua Beradik Sanggup Mengayuh Basikal Sejauh 50km Untuk Melawa Bapa Di Penjara Tetapi Dihalang Pengawal


Perkara paling besar dalam dunia ini adalah kasih sayang . Kasih sayang akan melebihi segalanya , sanggup berbuat apa sahaja untuk yang tersayang . Begitu jugalah kasih kita kepada ibu dan bapa .
Jika kecil dahulu kita di tatang bagai minyak yang penuh , besar kelak adakah kita sanggup bekorban sepertimana ibu dan ayah kita dahulu ?

Itulah yang terjadi kepada dua beradik ini . Kisah mereka berjaya menyentuh hati netizen melihat pengorbanan mereka . Mana tidaknya , mereka berbasikal sejauh 50km untuk melawat bapanya di dalam penjara .

Perjalanan mereka mengambil kira-kira lebih kurang 5 jam perjalanan . Mengikut sumber portal Coconuts , mereka bertolak dari rumah di Ban Non Khoon sekitar jam 7.30 pagi dan tiba pada jam 12.00 tengahari .

Semasa dalam perjalanan mereka berdua , telefon bimbit salah seorang dari mereka mengalami  retak pada skrin selepas terjatuh akibat jalan yang tidak bagus . Namun masih boleh digunakan lagi .

Malangnya , setelah mereka penat mengayuh sejauh 50km ke Penjara Daerah Khantaralak , mereka telah dihalang dari masuk oleh pengawal di sana . So sad !

Pengawal tersebut turut berasa simpati kepada mereka berdua namun kemudian menjelaskan bahawa hari tersebut bukanlah hari terbuka untuk pelawat datang melawat .



Namun pengawal tersebut bertindak membawa mereka berdua ke pejabat pentadbiran untuk memberitahu tarikh pembebasan bapa mereka berdua .

Kanak-kanak tersebut berasa gembira mendengar perkhabaran tersebut . Saya berasa tersentuh melihat betapa dalamnya cinta mereka kepada bapa mereka .

Apabila ditanya mengapa tidak hadir bersama ibu , mereka hanya memaklumkan ibu mereka tinggal di Bangkok dan mereka hanya duduk dengan nenek mereka . Mereka juga mempunyai seorang abang namun mempunyai masalah kesihatan ( mental ) .

Pengawal tersebut bersimpati dengan mereka lalu memberikan duit sebanyak 100thb dan bekalan berupa makanan dan air percuma dari pentadbiran penjara .

Kasihan , anak kecil begini yang tidak tahu lagi kesusahan hidup bagaimana tapi sudah mampu berdikari . Adakah kita sekuat mereka ??

Sumber : Coconuts

www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon