Minggu lepas ada jemputan kenduri di rumah makcik di Seremban. Ikutkan hati memang malas sangat nak pergi tapi maklumlah nama pun hari raya sudah pasti banyak sanak saudara yang berkumpul.
Saya dan orang rumah pun gerak dari Putra Height terus je masuk highway PLUS. Waktu tu dah pukul 12 tengah hari. Baru je masuk highway perut pulak buat hal. Tak kan nak lepas hajat dekat tepi semak pulak kan. Terpaksalah menahan sampailah R&R Dengkil Arah Utara.
Ramai jugak yang berhenti kat sini. Agaknya berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing mungkin. Selesai melepaskan hajat, perut pulak lapar. Macam-macam hal lah perut ni. Baru je habis puasa kot!
Cubalah tengok-tengok kot-kot ada benda yang boleh dibeli. Biasanya makanan dekat R&R ni takde lah sedap mana. Ala kadar je untuk alas perut. Makanan pun semuanya hampir sama.
Tapi tengah tengok-tengok terbau satu benda. Memang bau ni agak familiar. Hidung ni mencari-cari dari mana datangnya bau ni. Alamak! Memang betul la apa yang otak ni ligat berfikir. Bau kambing bakar!
Pejamkan mata dan bayangkan bau dan aroma kambing bakar yang sukar dinafikan. Pandang meja sekitar terlihat ramai pulak yang tengah makan kambing bakar ni. Ah! Hati ini sudah teruja melihat mereka-mereka ini menikmati kambing bakar.
Terpandang satu kedai warna merah menyala terpampang signboard Dpedas Kafe. Sure tak miss punyalah kedai ni.
Bila tengok ramai orang je beratur, tanpa dipaksa diri ini seperti ditarik untuk beratur bersama. Panggil orang rumah supaya turun dari kereta tapi sayangnya orang rumah tak makan kambing. Nasib banyak jugak menu dekat Dpedas Kafe ni. Sempat la ambil gambar menu. Boleh tengok kat bawah ni. Dah tengok-tengok dah tentu la nak order kambing bakar.
Bila dah siap, bau memang kelas A. Tengok orang rumah pun macam terliur sebab bau dia sangat menyelerakan. Kalau tengok gambar pun dah terasa macam nak pergi sekarang jugak kan? Apatah lagi kalau dah ada kat depan-depan. Memang tak tunggu lama terus masuk dalam mulut.
Ya Allah! Dia punya sedap memang tak boleh nak digambarkan kalau tak cuba sendiri. Tapi kalau nak digambarkan jugak, bila kambing bakar yang juicy dan daging yang empuk digigit dan dikunyah di dalam mulut memang terus akan jatuh cinta.
Orang rumah pun tengok nak cuba jugak rasa. Bagi secubit je tapi terus meresap ke dalam jiwa. Orang rumah ambil lagi satu sebab sedap sangat. Memang orang-orang yang berhenti kat sini rasanya nak cuba kambing bakar ni jugak. Masing-masing tersenyum bila makan kambing bakar ni. Saya dah faham kenapa sebab saya pun tersenyum sama menikmati kambing bakar ni.
Kami semua dah menikmati kesedapan, keHOTtan dan kePADUan menu-menu yang ada dekat kedai Dpedas Kafe ni. Memang betul tagline kedai ni jangan sampai Nyosa Tak Raso.
Kalau nak tahu lebih lanjut boleh je follow Dpedas Kafe dekat FB Dpedas Kafe Kambing Bakar dan IG Dpedas. Takpun boleh je call atau whatsapp terus DISINI atau 011-35577597 @ 016-2201407 @ 016-37771109.
Kalau dah follow FB atau IG Dpedas boleh dapat diskaun 5% dengan setiap pembelian tapi promosi berakhir 31 Julai nanti. Baik cepat-cepat like dan follow FB dan IG Dpedas Kafe kalau tangguh nanti menyesal pulak. Kalau tak tahu R&R Dengkil Arah Utara kat mana boleh je klik maps ni. Sure tak sesat punya.
Belanja sikit gambar-gambar supaya korang pun terliur tengok sama.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon