Lama Menunggu , Akhirnya Zizie Ezette Umum Hamil Anak Kembar




Rezeki Allah tidak pernah salah alamat cuma lambat atau cepat . Terbaru Zizie Ezette mengumumkan beliau kini sedang hamil anak kembar . Kemunculannya baru-baru ini dalam Hero Seorang Cinderella amat mengejutkan kan penonton dan mengharapkan zizie akan terus buat comeback . 

"Saya ingin mengumumkan bakal melahirkan anak sulung pada Disember ini atau Januari depan. Alhamdulillah, sekian lama menunggu, saya dikurniakan dua cahaya mata sekali gus.

"Doakan semoga kandungan ini selamat dan bayi berada dalam keadaan sihat.

"Sebenarnya kami ingin merahsiakannya sehingga memasuki trimester kedua, namun saya tidak dapat mengelak pasti sudah ramai dapat menghidu berita ini," luahnya dalam status itu.

Zizie, 39, mengahwini Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, 58, pada 2009.

Ketika ini, Zizie membela anak angkat bernama Nayla Nurjenna yang berusia dua setengah tahun.

Tahniah zizie dan suami Dato Bung Mokhtar Radin .

www.kakishare.my

Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :



Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon