Netizen Terkejut Jualan Murah Swarovski Sampai RM59 Je, Ori Ke Fake? Baca Penjelasan Ini


Swarovski mungkin satu jenama yang menjadi idaman ramai gadis dan wanita kerana kecantikan rantai dan gelang namun harganya agak mahal untuk dimiliki walaupun setelah diberi potongan harga. 

Terbaru, viral dan menjadi bualan di media sosial terutama di Facebook dan Twitter mengenai jualan murah Swarovski. Memang ramai yang terkejut kerana harga sebenar mampu mencecah ratusan ringgit. Tapi benarkah Swarovski buat jualan murah sehingga harganya jatuh sehingga RM59? 

Rata-rata netizen berasa agak sangsi dengan jualan tersebut. Malah ada yang mempersoal sama ada ianya adalah batu kristal Swarovski yang tulen ataupun hanyalah palsu. Mengikut hasil carian, tertulis 'Made with Swarovski Elements'. 

Mungkin ramai yang tertanya apa bezanya Swarovski dan 'Made with Swarovski Elements'. Sebenarnya jenama Swarovski adalah pembekal batu kristal terbesar di dunia kepada pembuat barangan kemas. 



Bagi pembuat barangan kemas yang menggunakan batu kristal dari Swarovski hendaklah menggunakan tanda nama 'Made With Swarovski Element' dalam produk mereka. 

Mungkin ada yang terkeliru mengatakan 'Made With Swarovski Element' adalah batu kristal palsu. Tak dinafikan mungkin segelintir peniaga meletakkan tanda tersebut walaupun batu kristal yang digunakan adalah palsu. 

Harus diingat pembuat barangan kemas ini bukanlah menjual barangan dari Swarovski. Selain itu, elemen saduran pada barangan kemas juga memainkan peranan kerana ianya cuma saduran emas putih ataupun emas.

Oleh itu, sebelum membeli apa-apa barangan pastikan anda baca labelnya terlebih dahulu agar tidak tertipu oleh peniaga yang tidak jujur dan hanya mahu mengambil kesempatan. Tepuk dada tanya selera! - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon