'Ni Mesti Main Telefon Ni' - Rakaman Video Kereta Mercedes Langgar Kereta Peronda Polis Jadi Viral, Netizen Tuduh Pemandu Cuai


Kemalangan kereta memang tidak dapat dijangkakan dan kebanyakannya berpunca dari kecuaian pemandu sendiri. Tetapi, kemalangan baru-baru ini menjadi viral di media sosial kerana ianya melibatkan sebuah kereta awam yang melanggar sebuah kereta peronda polis. 

Dalam satu status yang dimuat naik melalui Facebook, kejadian yang berlaku pada 3.30 petang di Jalan Loke Yew pada Jumaat lalu. Sebuah kereta jenis Mercedes telah melanggar belakang kereta peronda polis yang ketika itu sedang berhenti keranan aliran trafik yang perlahan. 

Sebuah rakaman video yang berjaya merakam kemalangan tersebut memaparkan kerosakan yang agak teruk kepada kereta polis tersebut. Menurut laporan Harian Metro, impak pelanggaran tersebut menyebabkan kereta polis itu melanggar sebuah kereta di hadapannya. 


Dua anggota polis yang berada di dalam kereta tersebut dilaporkan cedera di bahagian kaki dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. Pemandu Mercedes tersebut yang berusia 47 tahun seakan tidak perasan trafik yang perlahan dan tidak sempat untuk berhenti. 

Malah ada netizen yang membuat spekulasi sendiri bahawa pemandu tersebut sedang menggunakan telefon dan itulah sebabnya pemandu tersebut tidak fokus pada jalanraya. Pihak polis masih lagi menyiasat insiden tersebut. Berikut antara komen-komen netizen selepas menonton video yang sehingga kini ditonton lebih 700,00 kali. 


- www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :



Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon