Orang Ramai Mula Takut Nak Beli Daging Takut Terbeli Daging Babi, MAQIS Jelaskan Hanya Satu Kontena Sahaja Yang Bercampur


Susulan berita berhubung kontena daging babi bercampur dengan kambing baru-baru ini, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menjelaskan hanya satu kontena yang didapati bercampur dengan daging babi.

Memetik Utusan Online, MAQIS menafikan terdapat 74 kontena berisi daging babi bercampur daging kambing dan lembu terlepas daripada pemeriksaannya seperti ditularkan di media sosial. Ketua Pengarah MAQIS Datuk Mokhtaruddin Husain menjelaskan, empat buah kontena sahaja yang dirampas.

“Hanya empat buah kontena sahaja yang telah dirampas di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor baru-baru ini dan hanya satu daripadanya yang bercampur di antara daging babi dan kambing.

“Tiga yang lain memalsukan dokumen pengisytiharan kemasukan kerana mengimport daging daripada Sepanyol dan Brazil kerana seharusnya semua daging adalah di import daripada Australia.

“Tidak ada bukti yang menunjukkan kenyataan yang tular di media sosial dan ia hanyalah kenyataan yang dibuat bagi membangkitkan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat.

“Justeru, orang ramai jangan was-was dengan daging import yang dibeli kerana pihaknya telah memastikan setiap kemasukan daging tersebut adalah selamat,” katanya lagi.



Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon