Pasangan Warga Emas Terperangkap Dalam Lif Lebih 24 Jam, Keluarga Timbang Ambil Tindakan Guaman Namun Pihak Mydin Sedang Buat Siasatan


Sepasang suami isteri warga emas yang dilaporkan hilang ditemui terperangkap lebih 24 jam ditemui dalam sebuah lif pasaraya Mydin di Meru, Ipoh. Pasangan warga emas tersebut terlalu trauma sehingga pasangan tersebut enggan bercakap dengan sesiapa memetik dari laporan The Star. 

Difahamkan pasangan tersebut terperangkap pada 11.30 pagi pada Jumaat (30 Jun) sehinggalah ditemui pada 1 petang Sabtu (1 Julai). Wartawan yang berkumpul di luar rumah pasangan tersebut di Taman Meru selepas kejadian tersebut ingin mendengar bagaiamana ianya berlaku namun gagal kerana pasangan tersebut enggan bertemu dengan sesiapa. 


Menantu kepada pasangan tersebut memberitahu media bahawa agar dapat memberikan pasangan tersebut sedikit ruang kerana mereka masih lagi trauma dengan kejadian tersebut. Menurutnya lagi mereka telah membuat keputusan untuk mendapat khidmat guaman dan akan meneruskan tindakan selanjutnya. 

Anak perempuan kepada pasangan tersebut menyedari ibu bapanya terperangkap dalam lif selepas singgah ke pasaraya berkenaan selepas puas mencari mereka di kawasan sekitar. Anaknya itu menemui kereta milik bapanya yang masih diletak di pasaraya tersebut. Selepas mencari beberapa ketika, anaknya terdengar suara bapanya meminta pertolongan dari sebuah lif yang berdekatan dengan tempat letak kereta tadi. 

Tidak lama kemudian, pihak bomba berjaya menyelamatkan pasangan warga emas tersebut. Ketika diselamatkan pasangan tersebut kelihatan lemah kerana tidak makan dan minum untuk tempoh yang agak lama. 

Dalam satu kenyataan, pihak Mydin sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian tersebut. Pihak Mydin juga telah menutup semua perkhidmatan lif untuk diselenggara. Nasib baik pasangan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan diharap mereka dapat segera sembuh dari trauma kejadian tersebut. 



Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon