Selalu Cepat Marah. Aku TERKEJUT Bila Doktor Bagitau Rupa-Rupanya Aku Ada……

Selalu Cepat Marah. Aku TERKEJUT Bila Doktor Bagitau Rupa-Rupanya Aku Ada…… | Harap admin boleh hide profile FB aku ye. Nama aku Farhan. Muda lagi. Baru umur 39 tahun. Anak ada empat orang. Aku asal lahir dari Jeniang, Kedah. Tapi aku kerja di KL. Akibat sibuk, memang jarang balik rumah mak ayah, tapi alhamdulillah setiap tahun time raya memang tak pernah miss sambut sekali dengan keluarga.


Sekadar Gambar Hiasan : Sumber Google Images.

Tahun ni, bermula sebelum Ramadhan lagi, aku rasa macam ada “sesuatu” yang tak kena telah jadi kat badan aku. Aku jadi selalu cepat marah. Ada jin ke ni. Kalau dulu anak-anak boleh buat sepah di rumah selamba je, tapi kali ni tidak. Abis mereka diherdiknya. Kat isteri pun aku selalu marah walaupun perkara kecik je pun. Sampai kadang-kadang tu aku tengok kat cermin rumah, aku bertanya sendiri, “Adakah ini aku, siapa kau?”.

Ada member suruh berubat dengan ustaz. Sebab mungkin ada orang “dengki” kat aku katanya. Al maklum la aku ni jenis yang rajin meng”update” FB dengan aktiviti-aktiviti harian aku. Makan kat restoran mewah pun aku dok update huhu. Mana tau ada ke mata yang dengki ke kan. Bila jumpa, ustaz kata takde “gangguan” apa-apa pun. Pelik.

Waktu Ramadhan, ingatkan berkurangan perangai baran aku, tapi bertambah teruk lagi. Aku pun sampai pening dengan diri aku sendiri. Aku jadi cepat letih. Waktu malam je terus flat tak bertenaga. Memang sangat berbeza dengan sebelum-sebelum ni. Aku muda lagi kot. Tapi apa masalahnya. Kesian kat isteri aku. Entah kenapa aku macam tak berselera. Nafsu “sejuk”. Kalau buat hubungan pun, aku cepat kalah. Malu wooo…. Lepas berbincang dengan isteri, aku makan “ubat kuat” tapi sama ja. Takde perubahan. Aku jadi buntu. Dan aku pun jadi lebih baran lagi. Sian lagi kat anak-anak jadi mangsa amarah aku. Hmm.

Nak jadikan cerita, waktu raya baru-baru ni aku jumpa la ramai kengkawan lama, sepupu sepapat, keluarga yang dok bertandang di rumah. Pastu ada seorang sepupu ni tegur aku. Kami memang rapat dari kecil kawan main sama-sama. Dulu belajar di universiti pun satu bidang. Geng2 menjelang umur 40an la. Dia tanya aku ada masalah ke, muka macam tak berseri. Aku jawab la malu nak cerita tapi aku cerita gak la bab aku baran tu. Dan akhirnya, bab “sensitif” tu gak. Aku bagitau jugak aku dah pi jumpa ustaz, dan ustaz bagitau aku “clean” dari gangguan.

Dia kata bagus la macam tu. Kalau dah komfem bukan gangguan jin, mesti la pasal masalah kesihatan. Aku pun iya kan je. Saja gak aku peringat kat dia aku ni memang kaki main basikal. Selalu exercise. Takkan kot ada masalah kesihatan. Pastu dia kata tak salah untuk check dan cadangkan kalau kat area Gurun Jeniang Sik ni, klinik yang bagus untuk check di Taman Ria Mesra II Gurun. Klinik viral katanya.

Tapi raya ketiga, aku singgah gak la klinik tu. Sebab kebetulan aku ada hal nak drive ke pekan Gurun dah alang-alang on the way dan lagipun Poliklinik Mesra tu tepi jalan je pun. Bila jumpa doktor, aku pun ceritalah masalah aku sejak sebelum Ramadhan lagi; cepat marah, badan cepat lemah, nafsu kurang dan “tak tahan lama”. Doktor tu cakap aku ada kencing manis. Pastu aku cakap la pasal aku aktif berbasikal semua. Doktor tu dengar je pastu dia suruh aku amik test HbA1c. Lepas dapat test result je aku betul-betul terkejut yang aku memang betul-betul aku ada kencing manis. Aku punya buah pinggang ok, cuma tahap kolestrol agak menyedihkan. Memang tak sangka. Patut la orang kata ni klinik viral.

Tapi alhamdulilah akhirnya aku tau juga punca masalah aku. Lepas beberapa hari makan ubat dan ikut nasihat doktor, tahap gula dan kolestrol pun berkurangan. Perangai “pelik” aku pun beransur hilang dan aku pun kembali seperti aku yang dahulu. Isteri dan anak-anak gembira. Cuma kali ni dah kena berpantang sikit dan makan ubat. Huhu. Bulan depan kena follow up semula. So nak tak nak aku kena balik kampung juga. Mungkin ini hikmahnya. Bawah ni maklumat klinik tu. Kalau ada “masalah” macam aku jugak, boleh la singgah klinik ni. Jangan cakap abang tak payung pulak ye. – Farhan via CRT.

2
3
4
4

The post Selalu Cepat Marah. Aku TERKEJUT Bila Doktor Bagitau Rupa-Rupanya Aku Ada…… appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam

Sumber :


EmoticonEmoticon