Tergamak Betul Buat Rumah Terbuka Bakar Satay Tak Jemput Jiran , Saki-Baki Makanan Baru Nak Bagi .




Isnin nanti maka berakhirlah syawal pad tahun ini . Namun kebiasaannya di hujung-hujung syawal lah semakin banyak rumah terbuka untuk menjamu jemputan jiran dan rakan-rakan kenalan .

Namun apa yang terjadi pada seorang wanita ini , sesuatu yang sangat mengejutkan . Dimanakah sikap dan adab dalam berjiran kita sesama saudara islam ? 

Ikuti perkongsian Kak Yuzi Yus yang mengalami situasi ini .

Menurut Yuzi , dalam bulan syawal ini sahaja jiran sebelah rumahnya telah mengadakan majlis rumah terbuka . Namun tidak pernah sekalipun menjemput beliau sekeluarga untuk hadir menjamu .
Paling sadis ,kak yuzi sendiri adalah jiran bersebelahan . Maka memang tahu lah jika ada majlis , orang parking depan rumah ramai-ramai dan bau makanan menyelerakan .

Paling terbaru , malam tadi jiran tersebut buat rumah terbuka siap ada bakar satay lagi ! Perghhhbau dia semerbak harumlah . Lebih menyedihkan , anak-anak kak Yuzi sampai telan air liur bau satay . Yerlah mereka masing-masing berusia 5-6 tahun , jadi mereka mana nak faham apa .

Namun apa yang berlaku malam tadi , tiba-tiba jiran tersebut hantar baki makanan yang tidak kehabisan masa majlis rumah terbuka tadi .  Korang rasa korang sanggup ke nak telan balance saki baki makanan orang ?? oh nooo ! 

Esok kesungai lerr jawabnya aku humbankan. - ujar kak yuzi .

Ada ke patut nak bagi balance pada jiran ! Nak bagi biarlah ikhlas janganlah beri bila dah habis majlis baru teringat kat jiran . Memalukan sungguh . 

Aku bukan jenis tak bersyukur. .tapi meh la kena kat muka korang pun sure korang kecil hati punya jiran macam ni...

Nama saja kerja cikgu..shame on you sbb tak punya sifat kejiranan.

Memang ada jenis jiran macam ni ,mereka ingat kita ni hamak sangat nak makan . Kalau ya pun , bagi lah di awal tadi , dan paling hairan tak jemput . Watt de hackkk punya jiran . 

Korang pernah alami ke perkara macam ni ??

Sumber : Yuzi Yus 

www.kakishare.my



Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon