(TERKINI) Ini Pendedahan Mengejutkan Isteri Mus May, Penyanyi Rock Ini Kini Sedang Koma Di ICU

(TERKINI) Ini Pendedahan Mengejutkan Isteri Mus May, Penyanyi Rock Ini Kini Sedang Koma Di HKL



Vokalis kumpulan May iaitu legenda rock Mus telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Apabila mendapatkan rawatan di hospital, Mus seperti berada dalam keadaan tidak tenang dan meronta-ronta ketika di HKL 

Mus May kini dalam keadaan koma dan diletakkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.

Isteri kepada Mus May telah tampil memberi kenyataan tentang hal ini.

Isterinya, Suraya Bahari telah menghubungi pihak ambulans apabila melihat keadaan Mus yang separa sedar.

Ini kenyataan penuh dari isteri Mus May:

"Abang Mus mengalami demam panas sejak tiga hari lalu dan sudah mendapatkan rawatan di klinik biasa.

"Mungkin ubat yang diberikan kurang serasi membuatkan keadaannya semakin lemah. Dia juga seperti diserang sawan membuatkan mulutnya berbuih dan saya mengambil keputusan menghubungi ambulans," 



"Pada mulanya doktor mengesyaki dia menghidap denggi tapi apabila diperiksa tiada pula. Cuma platlet darahnya agak rendah.

"Doktor memberitahu terdapat kuman dalam darahnya dan ia mungkin berpunca daripada pengambilan ubat yang salah diberikan sebelum itu,"


"Awal pagi, dia hanya diletakkan di bawah zon kritikal. Malah, kerana terlalu banyak meracau pihak hospital terpaksa komakan dirinya.

"Ketika ini dia memang tidak sedarkan diri. Doktor turut mengesyaki ada kuman dalam darah.

"Kira-kira jam 10.45 malam tadi, dia dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU). Segala keputusan penuh mengenai punca penyakitnya dijangka diketahui esok,"

"Saya harap dia akan kembali sihat seperti sedia kala dan memohon orang ramai sama-sama mendoakan kesihatannya,"

"Doktor menjangka suami akan ditahan selama dua minggu sehingga keadaannya benar-benar pulih sebelum dibenarkan keluar.

"Sepatutnya dia akan membuat persembahan untuk Rumah Terbuka Risda pagi ini tapi apakan daya keadaan jadi begini. Apapun kita sama-sama doakannya supaya cepat sembuh,"


Beliau bagaimanapun mampu menarik nafas lega kerana doktor memaklumkan, tiada darah beku pada bahagian kepala suaminya selepas imbasan otak dilakukan.

Mari ramai-ramai doakan agar Mus May kembali sihat.

Sumber: BH/Metro



Sumber : berita memey

Sumber :


EmoticonEmoticon