Video viral berdurasi 18 saat yang dirakam di Lebuh Campbell itu dimuat naik ke Facebook semalam, mencetuskan pelbagai tanda tanya, apakah ia kejadian yang sebenar atau lakonan semata-mata?
Menurut laporan New Straits Times, ia bukanlah kejadian sebenar. Sebaliknya hanya lakonan sahaja untuk filem aksi Hong Kong yang akan datang.
Penerbit filem Hong Kong, Herman Yau, berkata, aksi kejar mengejar itu adalah untuk rakaman filem aksinya yang bertajuk, "The Leaker".
Difahamkan, jalan tersebut juga telah ditutup sejak tengah hari Sabtu sehingga waktu petang untuk memberi laluan kepada produksi berkenaan membuat penggambaran.
Tiada kemalangan jiwa yang berlaku semasa penggambaran itu dan orang ramai dinasihatkan berhenti membuat spekulasi dan menyebarkan informasi yang tidak betul.
SUMBER : http://ift.tt/1r7Yr4K
EmoticonEmoticon