MELAKA - Seorang bayi perempuan tertelan sebentuk cincin emas, mencetuskan rasa panik ibu bapanya dalam kejadian malam semalam.
Bayi, Nur Dahlia Aleesa, dilaporkan tertelan cincin yang dipakaikan di jarinya ketika menghisap jari selepas terbangun dari tidur dalam buaian.
Ibu mangsa, Siti Shuada, berkata, cincin itu dipakaikan pada jari anaknya yang sebelum itu sedang tidur dalam buaian sebagai persiapan nak pergi beraya.
"Dia bangun, kakak dia tolong buaikan. Sekali dia batuk seperti tercekik, lalu saya tanya dengan kakaknya kenapa dengan adik. Saya pun berlari angkat Aleesa dari buaian.
"Ingatkan kakak dia bagi makan biskut atau keropok. Bila korek mulut, tak ada. Bila picit perutnya pun tak ada. Kakak dia kata Aleesa hisap jari tadi kemudian makan cincin.
"Saya tak percaya tetapi si kakak tegaskan yang dia cakap perkara yang betul. Saya mencari cincin itu di merata tempat tetapi tak jumpa. Tengok Aleesa menangis saja tetapi selepas itu dia kembali aktif seperti biasa," katanya.
Tidak sedap hati dengan apa yang berlaku dan yakin bahawa bayinya menelan cincin tersebut, Siti Shuada kemudian menghubungi dan memaklumkan kejadian itu kepada suaminya sebelum membawa anak mereka itu ke hospital.
"Saya pergi ke hospital, doktor kata ada tiga tempat nak x-ray. Dia bagi tempat pertama dulu, kalau pertama tiada apa-apa, barulah x-ray ke tempat lain. Sekali keputusan x-ray keluar memang jelas kelihatan ada sebentuk cincin permata dalam perut Aleesa. Hati saya terkejut dan sedih sangat. Peluk Aleesa tak henti-henti.
"Selepas mendapat keputusan itu, bawa Aleesa jumpa doktor dan kami dimaklumkan bahawa cincin itu tajam dan berkmeungkin boleh melukan usus Aleesa dan beberapa tempat-tempat yang lain," katanya.
Doktor memaklumkan mangsa perlu ditahan wad dan berkemungkinan akan dibedah kerana bimbang cincin tersebut tidak dapat keluar dari saluran najis. Namun doktor akan cuba beberapa cara yang lain terlebih dahulu.
Bagaimanapun, jam 8.13 pagi tadi, cincin tersebut telah berjaya dikeluarkan melalui saluran najis mangsa tanpa perlu menjalani pembedahan.
"Alhamdulillah pagi ini selepas makan cekodok pisang yang dibeli dari orang datang jual-jual itu, Aleesa pun membuang dengan banyak sampai bocor. Bila buka saja pampers, ternampak cincin tersebut.
"Ya Allah, sedih dan terharu. Syukur semuanya selamat. Cuma najisnya ada kelihatan merah-merah sedikit dan itu mungkin kesan luka-luka di dalamnya.
"Alhamdulillah tak sampai sehari. Pengajaran buat diri saya dan semua juga," katanya.
Ibu bapa diingatkan agar tidak memakaikan sebarang barang kemas pada anak mahupun rantai sekalipun bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.
SUMBER : http://ift.tt/1r7Yr4K
EmoticonEmoticon