Masuk Jari Dalam Dubur, Lelaki Penjaga Kolam Udang Liwat Mengaku Bersalah Liwat Dua Anak Tiri


Harapkan pegar, pegar makan padi! Khairul Azwan Ismail, 24, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas lima pertuduhan melakukan perhubungan seks ke atas dua anak tiri lelakinya.

Azwan yang juga merupakan seorang penjaga kolam udang mengaku bersalah meliwat mangsa yang masing-masing berusia sebelas dan tujuh tahun. Pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mohammad Khalid Ab. Karim.

Memetik laporan Utusan Online, bagi empat pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meliwat dan memasukkan jari ke dubur mangsa berusia 11 tahun manakala bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa memasukkan jari ke dalam dubur mangsa berusia tujuh tahun.

Perbuatan jijik itu dilakukan antara April tahun lepas hingga bulan ini di beberapa lokasi di Daerah Mersing.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 377C dan 377 CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. - www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon