Niat Wanita Ingin Hadiri Temuduga Bertukar Jadi Tragedi Apabila Ditipu Dan Dirogol Dalam Ladang Kelapa Sawit


Memang agak susah untuk mencari pekerjaan pada waktu ekonomi tidak menentu. Maka tidak hairanlah mengapa ramai anak muda menjad penganggur. Bagi seorang wanita ini, tawaran menghadiri temuduga menjadi titik hitam apabila kejadian yang tidak disangka menimpa dirinya. 

Menurut laporan Harian Metro, wanita tersebut telah dirogol di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan dengan Kawasan Perindustrian Seri Manjung, Perak oleh seorang lelaki yang telah menawarkan pekerjaan kepada wanita tersebut. 

Wanita tersebut telah diberitahu terdapat jawatan kosong oleh teman wanita suspek sebagai perancang majlis harijadi. Lelaki tersebut telah menawarkan diri mengambil mangsanya itu pada jam 8 malam menaiki motosikalnya dan bertemu dengan teman wanita untuk membincangkan lebih lanjut mengenai pekerjaan yang ditawarkan itu. 

Namun begitu, suspek telah membawa mangsa ke satu kawasan sunyi di sebuah ladang kelapa sawit dan mengugut akan mencederakan mangsa dengan mengacukan pisau ke arah perut mangsa. Wanita itu yang ketakutan turun diarahkan turun dari motosikal dan suspek kemudian bertindak merogol mangsa. 

Mangsa wanita itu dilaporkan telah berkahwin dan mendapat kebenaran untuk menaiki motor bersama lelaki tersebut. Pihak polis telah mengenalpasti suspek dan kini sedang mengesannya untuk membantu siasatan. - www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon