Hi. Aku minah. Umur masih 20-an. Pemegang diploma berCGPA hampir 4rata dan seorang pekerja kilang. Yes kilang. Kilang apa tu tak perlu bagitau kot sebab kat dalam Mesia ni ada 1 je. Yang lain semua kat obersi.
So balik kepada tajuk. Tu memang respon paling tipikal ah aku dapat setiap kali jawab soalan mengenai perkerjaan ni. Dan setiap kali aku jawab aku kerja kilang jugak la, muka masing-masing macam tertelan najis. Buat muka satu hal. Soalan seterusnya? Lagi lah. Macam neraka. Especially golongan the makciks.
“Belajar tetinggi kerja kilang jeeee? Takde keje lain ke? Macam sia-sia je belajar? Kenapa tak kerja kerajaan? Kerja kerajaan baru terjamin. Gaji berapa? Boleh hidup ke?” Dan pelbagai lagi lah. Nak list sesatu karang berlumut korang nak baca. Aku pulak sakit hati nanti.
Haihh lekeh sangat ke kerja kilang ni? Hahh? Hina sangat keee?! Tak faham aku. Tapi serius lah cakap, agak rasa terhina jugak la dapat respon sebegitu rupa. Kalau dari orang luar ok lagi la boleh dimaafkan. Ini orang yg terdekat pun pandang lekeh jugak memang sendu wa cakap lu. Pedih bai pedih. Mentaliti tentang betapa hebat dan agungnya orang kerja kerajaan memang dah sebati sangat dah dalam diri tu. Dorang lupa agaknya sekarang ni zaman pemerintahan siapa.
Sedih betul aku. Rasa down sangat bila asyik kena peleceh je. Tapi lepas mengenangkan gaji aku yg (jauh la jugak) lebih enak dan berkrim serta suasana kerja yg aman dan damai tanpa tekanan yg melampau berbanding dengan orang yg kerja kerajaan lepasan setaraf dengan aku, terus tak jadi nak sendu teteruk. Kahkah. Bukan nak riak, bukan nak peleceh, tapi kenyataan. Tempat kerja aku memang menawarkan gaji yg agak lazat bak cheese nan leleh berbanding kilang-kilang lain.
Memang tak dapat dinafikan kelulusan yang aku ada ni langsung takda kena mengena dengan kerja aku sekarang. Tapi aku selesa dengan kerja ni. Aku dah pernah kerja dalam bidang aku. Tapi entah la. Rasa tak best dan sangat memenatkan. Sekarang ni aku cuma fikir positive je. Lantak la orang nak kata apa. Buat masa sekarang, aku just nak cari pengalaman and bina networking dengan orang je. Aku muda lagi kot. Perangai tak semenggah. Feeling nak kahwin pun belum wujud lagi. Lol
Serius aku cakap memang takde sekelumit walau sebesar zarah pun yg pernah terlintas kat kepala hotak aku yg lurus ni yg aku akan kerja kilang. Dulu sebelum grad, asyik berangan nak kerja bebesar je. Kerja biasa-biasa taknak. Tapi tu la kan. Yang tak terpikir tu la yg terjadi harini. Hebat kan perancangan Dia? So itu sahaja curhat aku untuk kali ni. Akhir kata, tak kisah la kerja apa pun, janji halal. Bak kata orang, zaman sekarang dah tak boleh dah nak pilih-pilih kerja. Tapi bila tak memilih pun kena persoal jugak.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon