Dari Kisah Rumah Tangga
Dulu masa awal-awal abang saya berkahwin, fasa untuk kami kenal dengan kakak ipar, perangai dia pelik atau menyampah macam mana sekali pun, ibu saya tetap akan menangkan dia. Dia dengar saja kami anak-anak mengadu tentang kakak ipar, terus ibu kata,
"Dah dia macam tu, biarlah dia."
Kakak ipar buat drama macam mana sekali pun, ibu tetap akan mempertahankan kakak ipar. Sakit hati pula saya pada masa itu bila ibu banyak menangkan kakak ipar berbanding anak-anaknya sendiri.
Tetapi, sekarang baru saya nampak hikmahnya. Bila saya dah kahwin, baru ibu beritahu saya kenapa dia selalu menangkan kakak ipar.
"Kakak ipar awak, dibesarkan dan dididik dengan cara ibu bapanya. Hormatlah cara orang. Ibu tak menangkan anak-anak sendiri sebab ibu tahu, marah macam mana pun, anak ibu tak akan meninggalkan ibu.
"Sebab awak semua besar dengan susu badan ibu. Tetapi kakak ipar awak, kalau dia marah atau terasa hati dengan kita, dia boleh pergi membawa diri. Dia boleh lari ke ibu bapa dia. Awak nak tengok rumah tangga abang awak musnah?
"Ingat, tak ada perempuan lain yang boleh menerima perangai abang kecuali ibu, adik beradik dia dan isteri dia. Syukur dan hormatlah. Kita bukan keluarga Dato', Tengku, kaya raya sampai orang berebut mahukan abang awak," kata ibu.
Alhamdulillah sekarang keluarga kami bahagia. Saya sayang kakak ipar saya seperti kakak saya sendiri. Kalau lama dah tak berjumpa, masing-masing lupa suami sendiri.
Satu hari nanti, inshaAllah saya akan praktikkan cara ibu saya bila saya dah ada menantu nanti. Amin.
SUMBER : http://ift.tt/29OSAPl
EmoticonEmoticon