Ini Jawapan Terbaru Dari Boy Iman Setelah Ramai Tak Percaya Dia Terima PhD
Selebriti, Boy Iman telah menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dari sebuah kolej swasta yang menjadi viral di laman media sosial Facebook.
Beberapa keping gambar dikongsi oleh Boy Iman dan terus menjadi bualan hangat dari orang ramai.
Majlis penganugerahan itu mengundang pertikaian ramai pihak ekoran majlis konvokesyen yang diadakan didakwa "tidak gah" seperti majlis konvo sesebuah Universiti.
Ramai juga tertanya-tanya apa kajian dan journal yang ditulis oleh Boy Iman sehingga berjaya mendapat PhD.
Dalam kenyataannya kepada Utusan Malaysia, Boy Iman akhirnya tampil menjelaskan dia menerima ijazah itu sebagai satu anugerah yang diberikan oleh kolej swasta berkenaan.
Ini komen terbaru dari Boy Iman:
“Ijazah diterima sebenarnya ijazah doktor kehormat dalam bidang sosial dan kemanusiaan yang sepatutnya diterima oleh penasihat syarikat saya.
“Namun atas alasan tertentu, saya bagi pihak penasihat syarikat diminta menerima anugerah tersebut sebagai tanda penghargaan kepada kolej berkenaan yang berbesar hati menganugerahkan ijazah doktor ‘kehormat’.
“Justeru, saya tidak mahu mempertikai kolej yang mempunyai jaringan pendidikan dengan sebuah universiti di Chennai, India itu. Tetapi saya hormat dan menghargai pengiktirafan mereka itu,”
Tambahnya lagi, dia telah memulakan pengajian secara jarak jauh (PJJ) sejak 2013 dan membuat kajian untuk ijazah tersebut.
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon