(Menderita) Pelakon Dedah Disantau, Kini Terpaksa Berubat Di Pahang

Pelakon Disantau, Kini Terpaksa Berubat Di Pahang


Pelakon Emma Akma kini membuat pendedahan mengejutkan ramai. Dia telah menderita kerana perbuatan sihir santau.

Menerusi perkongsian di Facebook, Emma Akma baru berubat di Jengka, Pahang.


Katanya, dia menderita sakit-sakit bermula tahun 1995 lagi sehinggalah ke hari ini.

Keluar masuk hospital dan ramai tempat telah dia berubat namun masih belum berjaya sepenuhnya.   

Jom baca pendedahan pelakon ini:

"Ini kali pertama saya berubat cara bekam.  Keluar semuanya yang zahir seperti benang, rambut dan macam-macam lagi.  Masa benda tu keluar, memang terasa sakitnya.

"Alhamdulilah, ringan sikit dah badan ni selepas berubat.  Tapi itulah, kejap hilang, kejap datang balik.  Mungkin sebab 'ibu'nya tak buang habis.  Atau pelaku tak insaf dan nak saya mati tapi tak juga mati-mati,"


"Selama ini saya banyak berdiam diri.  Tak mahu bising-bising, tak mahu balas tapi sama juga.  Saya tetap diserang.  Saya pun tak tahu kenapa dia buat saya begitu.  


Nak kata job banyak, kadang-kadang 4-5 bulan sekali baru dapat job. Itu pun tersekat-sekat. 

"Bukak bisnes pula, asyik kena tipu, kena rompak.  Jadi duta produk pun sama. Tak tahu dah nak buat apa.  Tawakal je la nampaknya,"


Emma berharap dapat bersua muka dengan orang yang membuatnya untuk menyelesaikan dan mencari punca sebenar disantau.






Sumber : berita memey

Sumber :


EmoticonEmoticon