Raya tahun ini, saya balik ke kampung ayah. Tetapi sebelum balik, saya menumpang di rumah abang saya di Kuala Lumpur sebab bas balik ke Terengganu dijadualkan bertolak jam 12 malam. Saya duduk di rumah abang seorang diri sebab semua kawan serumah abang bekerja pada waktu itu.
Sedang saya asyik menonton televisyen, terdengar jeritan seorang wanita di sebelah rumah, rumah jiran abang. Saya terus meluru keluar dan melihat ada seorang wanita cantik yang memang daring.
"Dik, tolong akak. Ada ular dalam beg kawan akak," katanya.
Saya dengan heronya masuk ke dalam rumah mereka tanpa berfikir apa-apa walaupun hakikatnya saya juga takutkan ular. Saya terlupa perkara itu sebab wanita cantik berada di depan mata.
Bila masuk ke rumah mereka, saya terhidu bau hapak yang sangat kuat. Ya Allah, kasut-kasut kotor berterabur. Saya tak fikir apa-apa lagi, terus meluru masuk ke bilik kawan gadis cantik itu. Hampir pengsan saya melihat pakaian kotor bercampur dengan pakaian bersih di dalam biliknya, pakaian dalam sana sini tersangkut.
"Dik, dalam beg itu ada anak ular. Tolong buang," pintanya.
Wow! Wajah kawan dia persis Nora Danish. Seksi dan dia baru saja selesai bersolek. Memang tebal solekannya dan siap berpakaian ala hipster.
"Nak pergi mana cantik-cantik begini?" tanya saya.
"Nak balik kampung. Tu yang nak guna beg. Beg dah lama tak digunakan," katanya.
"Patutlah ada ular," kata saya dalam hati.
Rumah mereka berselerak dan tidak kemas langsung. Saya terus ambil beg dan bawa ke dapur. Bila masuk dapur, ya Allah. Hampir tersembam saya dibuatnya. Minyak serata dapur, kuali dan periuk ada mee maggie lama yang dah nak kering, meja penuh makanan berulat, dapur ada sambal sardin yang berkulat. Baunya? Lagi busuk dari bangkai.
Muka cantik, make up tebal, berpakaian ala hipster tetapi pengotor. Saya dapat bezakan rumah bujang abang saya dengan rumah anak dara jiran sebelah mereka ini. Memang sangat jauh berbeza.
Terus termenung saya melihat keadaan rumah seperti itu. Sekarang baru saya sedar mengapa tunang abang saya tak cantik tetapi setiap kali pulang ke kampung tunang dia memang cantik. Bilik air boleh buat tidur.
Tunang abang saya sekampung dengan kami. emang saya tahu dia pembersih orangnya. Sebab itulah zaman sekarang ini tak boleh tengok atau menilai pada muka sahaja. Sebaik-baiknya kena selidik dulu perangai si dia.
Sumber: Viral Oh Viral
SUMBER : http://ift.tt/1r7Yr4K
EmoticonEmoticon