Uncle Kuan Tawar Rumah Sewa RM1 Malam Untuk Keluarga Yang Jaga Ahli Keluarga Terlantar Di Hospital


Hanya RM1 semalam untuk sewa rumah dan tambang 10 sen menaiki kereta bagi mendapatkan rawatan di hospital kerjaan berhampiran.

Tawaran tersebut diberikan oleh pengasas rumah RM1, Kuan Chee Heng kepada keluarga pesakit yang tidak mampu menyewa hotel berhampiran bagi menjaga ahli keluarga yang sedang dirawat di hospital kerajaan.

Menurut sumber Harian Metro, ahli perniagaan yang cukup terkenal dengan aktiviti kebajikan masyarakat ini mengatakan idea tersebut tercetus selepas beliau melihat kesukaran yang dihadapi oleh keluarga pesakit sehingga terpaksa tidur dalam kereta di parkir hospital.

Mereka ini tidak mempunyai pilihan dan bukanlah berasal daripada keluarga senang untuk isi minyak, bayar tol setiap hari berulang alik melihat ibu, ayah atau ahli keluarga yang terlantar sakit di hospital.

“Jadi pilihan yang ada mungkin tidur di dalam kereta, itupun kalau ada kereta sebab itu saya cetuskan idea Rumah RM1 ini untuk beri kemudahan kepada mereka yang dalam kesusahan." Rumah RM1 terletak di Taman Puchong Utama. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon