Sebuah video rakaman CCTV yang tersebar sejak beberapa hari dulu menjadi viral memaparkan aksi seorang lelaki yang mengambil dompet yang terjatuh di atas kerusi di sebuah Pusat Transformasi Bandar UTC, Keramat.
Video tersebut menjadi viral di media sosial selepas pemilik dompet tersebut mahu mendapatkan semula kerana ingin mendapatkan kad pengenalannya atas urusan harian. Namun, lelaki dalam rakaman tersebut telah tampil menjelaskan keadaan dan membuat permohonan maaf kerana perbuatannya tersebut.
Beliau juga telah menyerahkan dompet tersebut kepada pemiliknya dan mahu netizen tidak lagi membuat sebarang spekulasi atau komen mengecam tindakannya. Berikut adalah status yang dimuat naik dalam Facebooknya.
Salam, berkenaan viral ambil dompet tu. Saya dah pulangkan pada tuan asalnya pada malam kejadian itu juga.
Kesilapan dan ketidakjujuran saya, saya mintak maaf. Saya telah serahkan(dompet) pada anak tuan empunya pada malam khamis, 29/6 melalui seorang rakan. Sebab saya ''on duty'' ketika itu.
Jika perlukan sebarang kepastian dalam kes ni, boleh segera PM or call 017366****, kesilapan dan kekilafan saya, saya mohon maaf. Terima kasih. - www.kakishare.my
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon